KUALA LUMPUR: Penambahan kaunter bergerak (mobile unit) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merupakan antara perkara yang telah dicadangkan Kementerian Pengangkutan (MOT) kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk pertimbangan dalam Bajet 2022.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pihaknya berharap rancangan untuk menambah 30 unit kaunter itu dipertimbangkan bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada negeri yang luas, khususnya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak serta penempatan masyarakat Orang Asli.
"Kedua, kami juga mahu tambah unit kiosk JPJ. Dahulu ia diletakkan dalam kawasan JPJ dan orang awam boleh lakukan urusan mereka secara kendiri, tetapi sekarang kami memikirkan mahu meletakkannya di bangunan seperti balai raya, bangunan kerajaan dan sebagainya.
"Ini membantu kami (JPJ) dan memudahkan rakyat kerana dalam beberapa minit, mereka boleh urus semua urus niaga secara kendiri," katanya dalam Program Inklusif 'MOT: Pulih Ekonomi, Lindung Keluarga Malaysia' yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen RTM semalam.
Wee berkata perkara lain yang turut dikemukakan ialah rancangan untuk memberikan insentif kepada golongan ibu bapa B40 bagi melakukan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di kenderaan masing-masing.
"Saya tengah berbincang dengan MOF dan berharap dalam bajet kali ini akan ada perkara yang dipertimbangkan," katanya.
Bajet 2022 dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada 29 Okt ini, yang merupakan belanjawan yang pertama di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas berlaku pertukaran kepimpinan negara pada akhir Ogos lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 05 2021
Ka Siong berkata ada perancangan untuk meletakkan kaunter JPJ di bangunan seperti balai raya, bangunan kerajaan dan sebagainya. -Foto BERNAMA
Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Mei 2024
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang dijadual diumumkan lewat Rabu adalah penting untuk membuat keputusan mengenai kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada masa akan datang.
Prestasi ringgit setakat 16 Mei 2024
Pada penutup dagangan setakat 14 Mei 2024, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Apa angka ekonomi suku pertama dan maknanya?
Apakah jangkaan angka ekonomi suku pertama 2024 dan apakah maknanya kepada rakyat terbanyak? Adakah penstrukturan ekonomi yang sedang dijalankan kini membuahkan memberikan kesan? Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkongsi pandangan.
Kos sara hidup meningkat, cabaran golongan muda simpan untuk haji
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, bagaimanakah golongan mudah boleh menyimpan untuk melaksanakan ibadah haji? Bagaimana untuk mencapai keseimbangan kewangan yang diperlukan dalam mencapai hasrat berkenaan.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Penganalisis
Seperkara yang perlu kita beri kredit kepada kepimpinan di Singapura ialah peralihan pemimpin yang sistematik.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
AWANI Pagi: Hari Guru - Aspirasi guru celik digital
Diskusi dengan dua pendidik dari Perlis dan Johor, mengenai tema sambutan Hari Guru tahun ini, Hari Guru: Aspirasi Guru Celik Digital dalam Awani 8.30 pagi.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final
Tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.
AWANI Ringkas: Saranan kadar gaji minimum RM2,102
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Jika mereka tidak perlukan saya lagi, saya akan pergi - Bruno Fernandes
Kapten Manchester United harap pasukannya wajar 'menamatkan musim dengan cara terbaik.'
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Ketua Wanita MCA pertama meninggal dunia
Ketua Wanita MCA pertama Tan Sri Rosemary Chow Poh Kheng, meninggal dunia hari ini.
Chua Jui Meng sentiasa prihatin kesihatan rakyat - Wee Ka Siong
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng sentiasa prihatin tentang kesihatan rakyat, kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Orang Kemaman untung, beli satu percuma satu - Presiden MCA
Strategi itu disifatkannya bijak kerana undi kepada BN tidak akan menggugat kedudukan MB, serta tidak menumbangkan kerajaan negeri.
Lebih 3,000 ahli CRSM siap sedia hadapi banjir - Wee
Lebih 3,000 ahli dan sukarelawan Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) akan diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi berdepan sebarang kemungkinan banjir di seluruh negara.
Pemuda, Wanita MCA jelajah seluruh negara dekati belia
Pemuda dan Wanita MCA akan menjelajah ke seluruh pelosok negara untuk mendekati dan menarik minat golongan belia sebagai satu daripada proses rejuvenasi parti.
Adakah satu tiket penerbangan hanya boleh digunakan satu telefon bimbit? - Ka Siong
Beliau berkongsi kisah seorang wanita cemas apabila bapanya tidak menaiki pesawat di lapangan terbang itu.
‘Buat apa kita buka Akaun 3 KWSP?’ - Ka Siong
Presiden MCA mempersoalkan cadangan kerajaan mewujudkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Kembalikan GST untuk elak pembaziran - Wee Ka Siong
Bagaimanapun, Wee berkata sistem e-invois adalah satu komponen dalam cukai GST yang diguna pakai sebelum ini.
Parlimen: 'Lupakan kisah lama, kembalikan GST' - Ka Siong
GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus.